Pernah tak?

Pernah tak?

Kau kenal dengan seseorang yang bila kau lihat wajah nya kau rasa bahagia, kau rasa tenang je bila lihat dia?

Perasaan yang sukar digambarkan setiap kali kau lihat dia, hati kau melonjak untuk lebih rapat dengan dia, kau pun berusaha untuk masuk ke dalam hidup dia. 
Dengan wajah yang sentiasa ceria dan tenang sebaliknya dia menyimpan kisah luka di dalam dirinya, dia menyimpan kecewa dengan cinta lamanya yang tidak kesampaian. 
Kau pun berusaha untuk menyembuhkan luka dan kecewa yang ada di dalam dirinya.
Dengan azam dan keyakinan yang kau pahatkan dihati yang kau mampu untuk menyebuhkan luka itu kau pun berusaha mengubatinya.
Dengan sikap ambil berat dan peduli tentang dirinya yang kau tunjukkan untuk memulihkan dia dari kecewa lama. 

Hari demi hari usaha kau menampakkan hasil. 
Makin hari hubungan korang makin rapat.
Kau cuba untuk menjadikan hubungan kawan yang terjalin menjadi lebih dari hubungan seorang kawan. 
Namun setiap kali kau cuba untuk meluahkan, dia sering mengelak.
Kau tetap bersabar dan mengatakan satu hari nanti pasti dia menerima kau seperti mana kau menerima dia dan membantu dia merawat luka lama itu.
Tetapi satu hari datang seseorang di dalam hidup dia. 
Dia pergi bersama yang seseorang yang baru muncul di dalam hidup nya. 
Dan kau ditinggalkan dan dilupakan begitu sahaja.
Kenapa boleh jadi macam tu? 

Kenapa kau lupa kan kawan kau yang sering menaikkan semangat kau untuk melupakan kecewa lama itu?  
Kerana aku hanya seorang kawan dalam hidup kau, 
Kawan yang sering bagi kau semangat
Kawan yang sering bantu kau
Kawan yang sering ada bila kau kecewa
Kawan yang sering kau cari bila kau teringatkan cinta lama kau itu
Kawan yang sering menjadi boneka untuk menghiburkan kau
Kawan yang sering tunggu kau 
Hanya kerana aku seorang kawan yang tak layak untuk minta lebih dari kau
Hanya kerana aku cuma kawan kau
Kawan yang kau anggap untuk membantu kau mendapatkan semangat dan membuka hati kau untuk menerima orang lain tetapi bukan aku. 
Hanya aku cuma kawan kau. 
Pernah tak kau rasa? 

p/s: Si dia dah bahagia sekarang, dan aku masih mengharapkan lebih dari dia. 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Sebulatnya ost Epilog Cinta Kirana– The Fabulous Cats

Sieve Analysis Report (CIVIL ENGINEERING)

Cinta dan Tanggungjawab